Salam geng...memang dah terlajak lambat untuk aku update blog ku nih. Lagi pun apps dekat hp plak x dpt nak bukak blog, mayb ada problem skit...so ni ada kesempatan untuk ku nak update skit wedding yang aku cover pada bulan Disember 2014. adoh!!!! cerita zaman mensia duhal....haha,ku gohet jwk upload tok.
Ok.nak dijadikan cerita,pengantin perempuan telah call Fotolara dan semua urusan hanya dibuat melalui telefon saja dan akhirnya pasangan ini menyerahkan tanggungjawab untuk merakamkan hari bahagia mereka kepada Fotolara. Kami hanya bertemu dalam beberapa hari sebelum majlis namun sayangnya, Fotolara hanya dapat cover majlis di Kuching sahaja dan majlis mereka di Serian terpaksa dilepaskan kerana tarikh untuk majlis kedua telah dibooking oleh pasangan lain. Dan Alhamdulillah, kerja dan hasil karya Fotolara telah diterima dengan baik oleh pasangan ini. Semoga kedua-dua mereka mendapat rahmat dari Allah, amin...
Majlis berlangsung di The Banquet, Kuching pada 21 Disember 2014 yang mana akad nikah dan bersanding dibuat pada hari yang sama. Keadaan dalam dewan The Banquet amat best kerana keadaan wall dan siling bercermin memberikan available light yang cukup untuk majlis pada waktu siang tersebut. So ni antara shot yang dirakamkan oleh Fotolara....up cgek lgk post!!!







No comments:
Post a Comment