Monday, 2 March 2015

Fotolara + Andaman Seri Pesona

Ok!!!! tok benar yang last ku upload malam tok.Tok kira kerjasama diantara Photog dengan MUA cum Bridal juak lah. So pada 08 Februari 2015, Fotolara telah bekerjasama dengan Andaman Seri Pesona dengan membuat satu sesi photoshoot just for fun lah. Kira win-win situation lah. Sidak dapat promote dirik mpun, fotolara pun dapat promote dirik pun juak. So tempat dipilih adalah Old Court Kuching memandangkan pada waktu tersebut adalah musim hujan dan program ini pun sebenarnya telah tertangguh disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Fotolara turut invite beberapa orang photog untuk memeriahkan suasana photoshoot tersebut.
Untuk tempahan makeup, baju pengantin, pelamin boleh lah menghubungi Fb "Andaman Seri Pesona". Anda pasti berpuas hati dengan mereka.
Kepada Bridal-bridal yang baruk nak angkat di kawasan Kuching ya, boleh lah kita bekerjasama,just call or whatsapp Fotolara di 013-820 9664.
Tok antara shot yang dirakam oleh Fotolara






Mohd Hafiz + Nur Hasziana

Huhu....ni last post yg ku nak up malam ni iaitu mengenai wedding terakhir, penutup untuk job bagi tahun 2014. Semoga tahun 2015 akan menjadi semakin rancak untuk Fotolara. Majlis ini diadakan pada 26, 27 & 28 Disember 2014. Majlis pada 26 Disember adalah untuk majlis Akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan. Majlis pada 27 Disember 2014 pula adalah majlis bersanding bagi keluarga pengantin lelaki manakala sebelah petang adalah majlis berlulut dan majlis pada 28 Disember pula adalah majlis bersanding bagi keluarga pengantin perempuan yang diadakan di Dewan Majlis Belia & Sukan Kuching. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini!!!!
Ini antara shot yang dirakamkan oleh Fotolara





Freddy Ridwan + Dygku Khairunissa

Salam geng...memang dah terlajak lambat untuk aku update blog ku nih. Lagi pun apps dekat hp plak x dpt nak bukak blog, mayb ada problem skit...so ni ada kesempatan untuk ku nak update skit wedding yang aku cover pada bulan Disember 2014. adoh!!!! cerita zaman mensia duhal....haha,ku gohet jwk upload tok.
Ok.nak dijadikan cerita,pengantin perempuan telah call Fotolara dan semua urusan hanya dibuat melalui telefon saja dan akhirnya pasangan ini menyerahkan tanggungjawab untuk merakamkan hari bahagia mereka kepada Fotolara. Kami hanya bertemu dalam beberapa hari sebelum majlis namun sayangnya, Fotolara hanya dapat cover majlis di Kuching sahaja dan majlis mereka di Serian terpaksa dilepaskan kerana tarikh untuk majlis kedua telah dibooking oleh pasangan lain. Dan Alhamdulillah, kerja dan hasil karya Fotolara telah diterima dengan baik oleh pasangan ini. Semoga kedua-dua mereka mendapat rahmat dari Allah, amin...
Majlis berlangsung di The Banquet, Kuching pada 21 Disember 2014 yang mana akad nikah dan bersanding dibuat pada hari yang sama. Keadaan dalam dewan The Banquet amat best kerana keadaan wall dan siling bercermin memberikan available light yang cukup untuk majlis pada waktu siang tersebut. So ni antara shot yang dirakamkan oleh Fotolara....up cgek lgk post!!!