Thursday, 15 May 2014

Syazani + Dahlya Wedding

Salam....Ini adalah 1st Wedding yang di shoot oleh Team Glumox Studio pada tahun 2014. So yang shoot majlis ini adalah aku photog yang tersohor (perasan lebih, huhuhu...) saf fotolara dan juga Adi (lensAdi). Majlis diadakan di Semariang Gobil, Petra Jaya pada 12 & 13 April 2014 (aku lambat upload). So pada 12hb merupakan majlis akad pada sebelah pagi manakala pada sebelah malamnya diadadakan majlis berlulut. Majlis bersanding pula diadakan pada 13hb dan kesemua majlis adalah bertempat di rumah pengantin perempuan. So tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga dirahmati Allah, amin....






Fort Margherita Outing

Ini adalah aktiviti yang aku dengan geng glumox studio buat pada 03 Mei 2014 huhuhuhu... So outing ini dibuat untuk buang masa je pada hari Sabtu. So pada hari tersebut, lokasi yang dipilih adalah Fort Margherita di Kuching, Sarawak. Mengikut sejarah Fort Margherita ini telah dibina bagi menjaga keselamatan di kawasan Sungai Sarawak, namun kini ianya telah dijadikan sebuah Muzium Polis. Nak dijadikan cerita, ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki di sini walaupun lokasinya yang terletak berhampiran je dengan kawasan rumah ku dan yang ajaib lagi, semasa outing ini dibuat, Fort Margherita ini masih dalam proses baik pulih. Bukannya ajaib, aku ni yang bernasib malang, huhuhu...tapi x lama lagi proses baik pulih ini akan selesai dan aku berjanji akan bawa family aku sekali lagi ke tempat ini. Tempat bersejarah ooooo....
So, tiada apa-apa yang dapat dilihat di dalam Fort Margherita ini kerana semua barang pameran disimpan oleh pihak muzium sepanjang proses baik pulih ini. Niat untuk shoot sakan juga terbantut disebabkan keadaan cuaca yang hujan semasa pagi outing ini dibuat. So shoot je lah apa yang dapat. Chow!!!!