Monday, 16 November 2015

Rozi + Azrin

Salam semua!!!

14 & 15 November 2015, Fotolara telah ke Kampung Meranek, Kota Samarahan, Sarawak. Pertama kali masuk kampung tok oiiiii...hahaha
Majlis Akad pada 14hb & Majlis Persandingan pada 15hb
Tahniah kepada pasangan Rozi & Azrin!!!

Monday, 5 October 2015

Liew + Tasha

Salam...27.09.2015,fotolara telah cover majlis persandingan diantara 2 mempelai di Kampung Bintawa Ulu..walaupun cuaca jerebu di Kuching...hahaha..majlis berjalan dengan lancar..tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini...yg best nya adalah part inai ya diganding dengan baju ya,mcm best jak...so tok beberapa foto semasa majlis ya (diizinkan oleh pengantin)hahaha...

Sunday, 26 July 2015

Foto + Raya

Salam sekali lagi utk entri seterusnya...
X salah berik salam banyak-banyak nak??? Ok, pada tahun 2015, fotolara turut menyediakan servis Raya Family Photo shoot namun disebabkan kesibukan dirik mpun tok, beberapa permintaan klient terpaksa ditolak awal agar tidak menghampakan mereka tertunggu tunggu...yg best nya apabila tiba-tiba tengah malam masa raya ke 3, tiba2 ada klient yg call mintak shoot family photo namum permintaan tidak dapat dipenuhi,namun sempat jwk lah fotolara turun ke rumah pelanggan untuk merakamkan momen mereka bersama meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini...

Pakej Perkahwinan Tahun 2015 ( tambah gula tambah garam )

Salam...
Awal tahun,aku ada upload Pakej Perkahwinan Tahun 2015 bagi zon Kuching (hahaha)...mungkin ada yg faham & mungkin ada yg tidak faham sebab masa ya aku just engkah cgek pakej jak so tambah tolak dari harga ya lah...so tok ku upload sekali lagik pakej perkahwinan tahun 2015 di kuching dengan 3 pilihan,mungkin ada yang pilih yg murah,mungkin ada yg pilih pakej yg berbaloi dan mungkin ada yg nak tambah event...so pilih lah yg terbaik bagi diri anda or just inform dgn kmk,kita jumpa,kita rondeng sampe jadi ok!!!

Friday, 24 July 2015

Majlis Aqiqah + Mohamad Naqib Eluthfan

Salam...
Ni saja aku nak update blog berkaitan job aku pada 30 Mei 2015 yang lepas. Masa ya aku telah dihire oleh pasangan ini utk cover perjalanan majlis aqiqah anak mereka yg kedua iaitu si kiut Mohamad Naqib Eluthfan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Semoga anak ini membesar dgn sihat dan sempurna serta diberkati oleh Allah...amin...
Majlis berlangsung di rumah kediaman mereka di Bandar Baru Semariang. So pakej yg diambil adalah 1 16R photo with frame,softcopy & 40 pages photobook (10 x 15). So ni aku share few photo dan juga rupa photobook nih...setel!!!

Tuesday, 21 April 2015

Harga Lantai Untuk Malay Wedding Photographer

Salam & selamat siang...huhu
Ni saja ku nak update blog yg dah berumbu ramba. Ini berkenaan harga lantai untuk rujukan photographer sekalian berkaitan upah & caj yang harus digunakan dalam memberi servis masing2. Ni aku ambik dari fb MWPPM & aku ucapkan terima kasih dan tahniah untuk segala langkah2 dan program yg diorang buat & lakukan utk perkembangan industri ini. Semoga kita semakin maju.

Kisah sebenar:

Ada seorang photographer ini baru lagi dlm bidang wedding nih. Baru je dlm 2 tahun nih. Kalau main kumira ni mungkin dah dlm 4 tahun. So photog ni pun terpikir la nak try ambik job wedding,nak wat part time alang2 dah gian nak mengeshoot & try bakat. So dalam tahun pertama dpt 2 job je. Dalam tahun kedua plak dpt le 5 job. Photog ni punya la buat marketing yg paling mudah iaitu iklan dalam mudah.com, than guna FB untuk post dalam pelbagai group yg dia join.

Selepas beberapa ketika wat marketing dalam FB nih,ada la kenalan photog ni kata & bagi nasihat (amalan yang bagus iaitu saling menasihati dan mengingati) yg ada terdengar ada suara photog2 lain ni bertanya n wat teguran nape la mamat ni ambik upah & caj yang amat murah. So nanti boleh rosakkan market. Photog yg baru berjinak2 ni pun terus terpikir pasal ni:

1. Salah ke ambik caj murah?memang niat tak nak rosak kan market. Kalau photog lain dah caj RM500 sehari untuk shoot n burn, salah ke aku caj RM400 je?

2. Kalau photog yg dah lama dalam bidang ni, byk orang dah kenal & dah ada 'nama',caj mahal besar pun orang x kisah,dalam setahun pun ntah berapa banyak job yg dapat, so aku ni yg job ciput je, orang tak kenal,tp ambik caj & upah yang besar, ada ke orang yang nak ambik?

3. Photog2 ni takut diorg x dpt job ke? Bagi aku, masing2 ada kekuatan & market masing2, dan x akan putus pun rezeki diorg

     A. Sebagai contoh, ada pasangan yang nak berkahwin,dan berasal dari keluarga yang sememangnya kalau kat area tu,memang dah tau dah anak orang kaya, majlis kahwin nanti pun ntah berapa kali & berapa tempat nak dibuat, semestinya pasangan ini akan mencari photog yang dah lama & kerja yang memuaskan tanpa mengambil peduli caj yang besar

     B. Pasangan yang nak berkahwin, budget pun boleh tahan besar, keluarga pun biasa2, pekerjaan pasangan ini pun boleh dikatakan amat bagus, so semestinya pasangan ini akan membuat pilihan terhadap photog2 yang ada ini, semestinya caj yang berpatutan, kerja yang memuaskan dan turut dikenali ramai..so yang ni mungkin photog yang baru ini, boleh dapat job, itu pun kalau memang rezeki

     C. Pasangan ni nak berkahwin,budget ciput je,tapi inginkan hari bahagia mereka dirakamkan agar dapat diingati selama-lamanya. Hahaha...yang ni kemungkinan besar photog yang baru ni akan dapat.

Kesimpulan cerita tadi adalah realiti dan fikir-fikirkan bersama-sama. Ibarat MAS & Air Asia...

Bagi aku FOTOLARA,aku akan buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Monday, 2 March 2015

Fotolara + Andaman Seri Pesona

Ok!!!! tok benar yang last ku upload malam tok.Tok kira kerjasama diantara Photog dengan MUA cum Bridal juak lah. So pada 08 Februari 2015, Fotolara telah bekerjasama dengan Andaman Seri Pesona dengan membuat satu sesi photoshoot just for fun lah. Kira win-win situation lah. Sidak dapat promote dirik mpun, fotolara pun dapat promote dirik pun juak. So tempat dipilih adalah Old Court Kuching memandangkan pada waktu tersebut adalah musim hujan dan program ini pun sebenarnya telah tertangguh disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Fotolara turut invite beberapa orang photog untuk memeriahkan suasana photoshoot tersebut.
Untuk tempahan makeup, baju pengantin, pelamin boleh lah menghubungi Fb "Andaman Seri Pesona". Anda pasti berpuas hati dengan mereka.
Kepada Bridal-bridal yang baruk nak angkat di kawasan Kuching ya, boleh lah kita bekerjasama,just call or whatsapp Fotolara di 013-820 9664.
Tok antara shot yang dirakam oleh Fotolara