Saturday, 6 December 2014

Mohd Zaimi + Nur Fatiha

Ok...ni aku nak upload few photo yg aku shoot masa cover untuk majlis perkahwinan Mohd Zaimi & Nur Fatiha. Majlis adalah untuk 3 hari iaitu, majlis akad nikah, majlis bersanding (keluarga pengantin perempuan) dan majlis bersanding (keluarga pengantin lelaki). Ianya berlansung pada 18, 19 & 25 Oktober 2014. So, ni kira cerita basi lah ni, lambat upload,hahaha...Turut shoot pada majlis tersebut adalah geng Glumox Studio iaitu lensAdi dan gGmok. Seterusnya, Fotolara (aku sendiri) akan cover 2 majlis pada bulan Disember 2014 ni...Semoga semuanya lancar, Amin.....







Pakej Perkahwinan Tahun 2015

Salam...pagi ini aku just nak upload pakej perkahwinan bagi tahun 2015..saja nak upload kat sini,kalau kat page fb,malas ku mauk upload,mun mauk msg kah,whatsapp kah,call kah..haha..So,pakej dari FOTOLARA ini hanya ada satu sahaja,jadi x perlu pening-pening nak pilih..kalau ada pertambahan majlis kah,nak tambah frame kah,bgtau je,boleh di rondeng semuanya,rondeng sampe jadi!!!



Sunday, 30 November 2014

Fotolara

Malam or pagi ni, aku buat beberapa entri sebab cerita nya lain-lain, so aku x nak masukkan dalam satu cerita. Kali ni pasal "F O T O L A R A".
Fotolara ini sebenarnya bagi aku adalah gabungan daripada 2 suku kata iaitu FOTO  + LARA. Idea datang apabila hendak membuat satu branding bagi mewakili diri dalam bidang photography ni. Ada yang menggunakan Photography, Picture, Shooter, Shutter, Studio dan pelbagai lagi. So aku pun ambik perkataan Foto dan Lara (mcm penglipurlara, seseorang yang bercerita). Bagi tahun 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi, aku akan cuba bergerak sendirian dan menaikkan nama FOTOLARA ini. Next entri plz.......

Custom Album 8 X 12

Salam...untuk coretan kali ini, aku just nak upload rupa bentuk custom album yang aku bagi dalam pakej perkahwinan. So kat bawah ni leh view rupa menatang ni sebab ramai yang blur tak tahu rupa makhluk ni. Selalunya custom album ni adalah 20 muka surat, tapi kalau nak up skit, RM pun kena up lah, huhu.... Yang ni berukuran 8 inch X 12 inch, so kalau dah bukak tuh jadi le 8 inch X 24 inch. Ada gak yang buat 10 X 15, ikut suka la...Susun atur gambar atau layout tu gunakan kreativiti masing-masing.




Monday, 25 August 2014

Geng Photog Petrajaya

Salam...dah lama rasanya aku x update blog nie..ok,ni nak kongsi skit xtvt bulan nie..Pada mulanya,aku just tepikir nak buat satu group menggunakan aplikasi whatsapp,yg mana group ni untuk menghimpun photographer kawasan petrajaya di kuching,yg masih pada level beginner,untuk berkongsi idea, pengalaman, info, teknik dan pelbagai lagi dalam bidang photography. Selain menambah kenalan,dlm group whatsapp ni, mereka akan lebih santai dgn berborak pelbagai topik selain memudahkan perkongsian ilmu. Walaupun pada masa ini,belum sampai 20 orang photog yg menjadi ahli, namun kemeriahan mulai terasa. Oleh itu, satu outing santai telah dibuat pada 24 Ogos 2014 di kawasan Pustaka Kuching bermula dr pukul 9 pagi sehingga 12.30 tghari. Walaupun baru pertama kali membuat outing,hasilnya nice!!!!

Monday, 16 June 2014

Sunset Tona Berbeza

Aku pun dah x ingat bila aku shoot sunset ni, mayb last month, bulan 5 or bulan 4. Dikesempatan itu,cewah,dgn geng Glumox Studio membuang masa untuk shoot wpun cuaca x begitu mengizinkan. So wpun hujan rintis, shoot je lah apa yg ada, balik rumah, kita grill kukus panggang dengan Lightroom photo yg suram2 tu. So photo dibawah ini bukanlah SOOC, kerana apa yg dihajati tidak kesampaian.
Aku shoot dgn tokina 11-16 dan lokasi adalah Pengkalan Sapi, Kuching. Dlm gambar tuh,yg gemok tu adalah gGmok dan sorang lagi lensAdi.

Sunday, 15 June 2014

Gawai Dayak 2014

Salam,hari ini aku just nak update & upload few photo yg sempat aku shoot semasa Hari Gawai Dayak 2014. Untuk pengetahuan semua, Gawai Dayak akan disambut setiap tahun pada1 Jun. So kebetulan pada tarikh tersebut,aku mempunyai tugasan rasmi di Kampung Pichin, Serian sempena Rumah Terbuka Kementerian Sumber Manusia. So sempatlah shoot beberapa orang gadis dari suku kaum Bidayuh dengan pakaian tradisional mereka.
Aku shoot menggunakan 50mm dgn f2.8 dan gambar telah mengalami minor editing serta mencuba kesan "light leak".