Ok...
Ini lah senjata kesayangan ku semenjak Tahun 2010. Merupakan model terbaru pada penghujung Tahun 2010 tersebut. Ianya adalah sebuah DSLR Nikon D3100. Pada masa tersebut harganya adalah RM2180 kalau x silap. Body termasuk kit lens. Sejujurnya pada masa tersebut, hasrat memiliki sebuah DSLR adalah sebagai memenuhi masa lapang dan hendak mempunyai satu hobi. Oleh itu aku telah memilih DSLR Nikon D3100 ini sebagai pelengkap hobi dalam arena photography. Pada masa tersebut, segalanya adalah melalui pembelajaran secara online dan juga pembacaan pelbagai jenis majalah.
Dan kini setelah beberapa tahun, aku memiliki senjata ini, aku mengakui sebenarnya pada permulaannya aku ada sedikit kekesalan kerana mengambil body entry level. Namun tidak apa, akan ku gunakan semaksima mungkin. Teknologi gadjet memang tidak dapat dikejar kerana terlalu cepat berubah. So, apa yang ada kita gunakan sebaik mungkin. Mungkin impian dan target untuk memiliki sebuah DSLR baru akan menjadi kenyataan iaitu High Level APS-C sensor Nikon D7100. Amin..... klu Full Frame, mintak maaf jer, budget tak kesampaian.
Permulaannya, kamera ku ini hanyalah sebuah body entry level dan kit lens 18-55mm f3.5-5.6. Sekarang aku sudah memiliki:
- Speedlight Meiki (RM500)
- Battery Grip
- 50mm 1.8G Nikon (RM800) termasuk filter
- 18-200mm f3.5-5.6 Tamron (RM900) termasuk filter
- 11-16mm f2.8 Tokina (RM2100) termasuk filter
Harga sebenar aku pun dah tak berapa nak ingat lagi. Bagi aku, buat masa ini sudah cukup koleksi lens aku untuk kegunaan biasa, hobi dan juga untuk cover majlis-majlis pertungangan, perkahwinan dan sebagainya. Potrait lens dah ada, all in one lens dah ada, wide angle pun dah ada. So simpan duit untuk beli body baru. Huhuhu....
Sekian.