Tuesday, 28 January 2014

Kuching Wedding Photographer

Kuching Wedding Photographer???

So last year 2013, aku bersama geng aku telah menubuhkan team "Glumox Studio". 3 Orang photog iaitu saf fotolara (aku la...), Adi & Ggmok..Buat masa sekarang, kami tiada mempunyai studio, hanya pada nama sahaja. Insya Allah maybe satu hari nanti akan memiliki studio sendiri, amin...

Asal nama "Glumox Studio" adalah hasil daripada bahasa Sarawak iaitu "Gelumok" iaitu satu perbuatan berkumpul atau berhimpun dalam jumlah yang kecil (rasa-rasa aku lah). So di adjust sikit menjadi "Glumox". Jadi "Glumox Studio" adalah satu tempat untuk berkumpul, mungkin dari segi manusia, perbuatan, idea dan sebagainya.

So dalam tahun 2013, team Glumox Studio telah cover 2 majlis iaitu majlis bagi pasangan Azam + Ernie dan pasangan Rudy + Asmah. Terima kasih diucapkan dan semoga hubungan mereka diberkati oleh Allah, amin...

Sememangnya Glumox Studio masih baru dalam bidang ini dan semoga tahun 2014 akan membawa perjalanan dan memberi coretan yang bermakna untuk Glumox Studio. Kami akan memberikan yang terbaik untuk pasangan yang memberikan kepercayaan kepada kami.












Wednesday, 22 January 2014

KPAC 1st Outing

Salam...
Pada 18.01.2014, satu sesi outing telah pun dibuat bersama satu kelab fotografi baru di Sarawak. Kenyalang Photography & Arts Club (KPAC) telah pun berdaftar secara sah. Program telah bermula pada pukul 9.30 am sehingga 12.30 pm (aku datang aher kit la) bertempat di Kasuma Resort. Special Thanx kepada Group Big Bike iaitu "Born Shakers" dan talent pada hari tersebut iaitu Munirah. So sempat la berkenalan dengan taiko-taiko, orang lama, orang baru pada hari tersebut. Ini adalah hasil dari tembakan aku yg x seberapa. Sik sabar maok outing dengan sidak lagik, best oooooo

Semua foto ditembak dengan 50mm | f2.8 | iso 100 | LR








Saturday, 28 December 2013

Jalan - Jalan (Part 1)

Antara hasil yang diperolehi apabila berjalan-jalan di kawasan sekitar Waterfront Kuching, India Street Kuching, Jalan Carpenter Kuching. Layan BW ( Black & White )

18mm | 1/100 | f13 | LR
Nun di hujung sana kelihatan Bangunan DUN Sarawak

50mm | 1/100 | f2.8 | LR
Di satu lorong sempit

22mm | 1/200 | f16 | LR
Perahu tambang yang menjadi pengangkutan penting suatu ketika dulu

DUN SARAWAK

50mm | 1/50 | f16 | LR

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah, menjadi satu ikon yang sememangnya selalu menjadi background dalam setiap gambar yang diambil apabila berkunjung ke Kuching, Sarawak. Ianya terletak di kawasan Petra Jaya, berhampiran dengan rumah rasmi TYT Sarawak. Gambar penuh Bangunan DUN akan di upload nanti (stok belum ada)