Salam & selamat siang...huhu
Ni saja ku nak update blog yg dah berumbu ramba. Ini berkenaan harga lantai untuk rujukan photographer sekalian berkaitan upah & caj yang harus digunakan dalam memberi servis masing2. Ni aku ambik dari fb MWPPM & aku ucapkan terima kasih dan tahniah untuk segala langkah2 dan program yg diorang buat & lakukan utk perkembangan industri ini. Semoga kita semakin maju.
Kisah sebenar:
Ada seorang photographer ini baru lagi dlm bidang wedding nih. Baru je dlm 2 tahun nih. Kalau main kumira ni mungkin dah dlm 4 tahun. So photog ni pun terpikir la nak try ambik job wedding,nak wat part time alang2 dah gian nak mengeshoot & try bakat. So dalam tahun pertama dpt 2 job je. Dalam tahun kedua plak dpt le 5 job. Photog ni punya la buat marketing yg paling mudah iaitu iklan dalam mudah.com, than guna FB untuk post dalam pelbagai group yg dia join.
Selepas beberapa ketika wat marketing dalam FB nih,ada la kenalan photog ni kata & bagi nasihat (amalan yang bagus iaitu saling menasihati dan mengingati) yg ada terdengar ada suara photog2 lain ni bertanya n wat teguran nape la mamat ni ambik upah & caj yang amat murah. So nanti boleh rosakkan market. Photog yg baru berjinak2 ni pun terus terpikir pasal ni:
1. Salah ke ambik caj murah?memang niat tak nak rosak kan market. Kalau photog lain dah caj RM500 sehari untuk shoot n burn, salah ke aku caj RM400 je?
2. Kalau photog yg dah lama dalam bidang ni, byk orang dah kenal & dah ada 'nama',caj mahal besar pun orang x kisah,dalam setahun pun ntah berapa banyak job yg dapat, so aku ni yg job ciput je, orang tak kenal,tp ambik caj & upah yang besar, ada ke orang yang nak ambik?
3. Photog2 ni takut diorg x dpt job ke? Bagi aku, masing2 ada kekuatan & market masing2, dan x akan putus pun rezeki diorg
A. Sebagai contoh, ada pasangan yang nak berkahwin,dan berasal dari keluarga yang sememangnya kalau kat area tu,memang dah tau dah anak orang kaya, majlis kahwin nanti pun ntah berapa kali & berapa tempat nak dibuat, semestinya pasangan ini akan mencari photog yang dah lama & kerja yang memuaskan tanpa mengambil peduli caj yang besar
B. Pasangan yang nak berkahwin, budget pun boleh tahan besar, keluarga pun biasa2, pekerjaan pasangan ini pun boleh dikatakan amat bagus, so semestinya pasangan ini akan membuat pilihan terhadap photog2 yang ada ini, semestinya caj yang berpatutan, kerja yang memuaskan dan turut dikenali ramai..so yang ni mungkin photog yang baru ini, boleh dapat job, itu pun kalau memang rezeki
C. Pasangan ni nak berkahwin,budget ciput je,tapi inginkan hari bahagia mereka dirakamkan agar dapat diingati selama-lamanya. Hahaha...yang ni kemungkinan besar photog yang baru ni akan dapat.
Kesimpulan cerita tadi adalah realiti dan fikir-fikirkan bersama-sama. Ibarat MAS & Air Asia...
Bagi aku FOTOLARA,aku akan buat yang terbaik untuk diri sendiri.