Monday, 25 August 2014

Geng Photog Petrajaya

Salam...dah lama rasanya aku x update blog nie..ok,ni nak kongsi skit xtvt bulan nie..Pada mulanya,aku just tepikir nak buat satu group menggunakan aplikasi whatsapp,yg mana group ni untuk menghimpun photographer kawasan petrajaya di kuching,yg masih pada level beginner,untuk berkongsi idea, pengalaman, info, teknik dan pelbagai lagi dalam bidang photography. Selain menambah kenalan,dlm group whatsapp ni, mereka akan lebih santai dgn berborak pelbagai topik selain memudahkan perkongsian ilmu. Walaupun pada masa ini,belum sampai 20 orang photog yg menjadi ahli, namun kemeriahan mulai terasa. Oleh itu, satu outing santai telah dibuat pada 24 Ogos 2014 di kawasan Pustaka Kuching bermula dr pukul 9 pagi sehingga 12.30 tghari. Walaupun baru pertama kali membuat outing,hasilnya nice!!!!

Monday, 16 June 2014

Sunset Tona Berbeza

Aku pun dah x ingat bila aku shoot sunset ni, mayb last month, bulan 5 or bulan 4. Dikesempatan itu,cewah,dgn geng Glumox Studio membuang masa untuk shoot wpun cuaca x begitu mengizinkan. So wpun hujan rintis, shoot je lah apa yg ada, balik rumah, kita grill kukus panggang dengan Lightroom photo yg suram2 tu. So photo dibawah ini bukanlah SOOC, kerana apa yg dihajati tidak kesampaian.
Aku shoot dgn tokina 11-16 dan lokasi adalah Pengkalan Sapi, Kuching. Dlm gambar tuh,yg gemok tu adalah gGmok dan sorang lagi lensAdi.

Sunday, 15 June 2014

Gawai Dayak 2014

Salam,hari ini aku just nak update & upload few photo yg sempat aku shoot semasa Hari Gawai Dayak 2014. Untuk pengetahuan semua, Gawai Dayak akan disambut setiap tahun pada1 Jun. So kebetulan pada tarikh tersebut,aku mempunyai tugasan rasmi di Kampung Pichin, Serian sempena Rumah Terbuka Kementerian Sumber Manusia. So sempatlah shoot beberapa orang gadis dari suku kaum Bidayuh dengan pakaian tradisional mereka.
Aku shoot menggunakan 50mm dgn f2.8 dan gambar telah mengalami minor editing serta mencuba kesan "light leak".


Thursday, 15 May 2014

Syazani + Dahlya Wedding

Salam....Ini adalah 1st Wedding yang di shoot oleh Team Glumox Studio pada tahun 2014. So yang shoot majlis ini adalah aku photog yang tersohor (perasan lebih, huhuhu...) saf fotolara dan juga Adi (lensAdi). Majlis diadakan di Semariang Gobil, Petra Jaya pada 12 & 13 April 2014 (aku lambat upload). So pada 12hb merupakan majlis akad pada sebelah pagi manakala pada sebelah malamnya diadadakan majlis berlulut. Majlis bersanding pula diadakan pada 13hb dan kesemua majlis adalah bertempat di rumah pengantin perempuan. So tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga dirahmati Allah, amin....






Fort Margherita Outing

Ini adalah aktiviti yang aku dengan geng glumox studio buat pada 03 Mei 2014 huhuhuhu... So outing ini dibuat untuk buang masa je pada hari Sabtu. So pada hari tersebut, lokasi yang dipilih adalah Fort Margherita di Kuching, Sarawak. Mengikut sejarah Fort Margherita ini telah dibina bagi menjaga keselamatan di kawasan Sungai Sarawak, namun kini ianya telah dijadikan sebuah Muzium Polis. Nak dijadikan cerita, ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki di sini walaupun lokasinya yang terletak berhampiran je dengan kawasan rumah ku dan yang ajaib lagi, semasa outing ini dibuat, Fort Margherita ini masih dalam proses baik pulih. Bukannya ajaib, aku ni yang bernasib malang, huhuhu...tapi x lama lagi proses baik pulih ini akan selesai dan aku berjanji akan bawa family aku sekali lagi ke tempat ini. Tempat bersejarah ooooo....
So, tiada apa-apa yang dapat dilihat di dalam Fort Margherita ini kerana semua barang pameran disimpan oleh pihak muzium sepanjang proses baik pulih ini. Niat untuk shoot sakan juga terbantut disebabkan keadaan cuaca yang hujan semasa pagi outing ini dibuat. So shoot je lah apa yang dapat. Chow!!!!






Sunday, 30 March 2014

3rd KPAC outing

Pada 29hb, semalam, aku sempat join outing kali ketiga bagi group Kenyalang Photography & Arts Club. Tema pada kali adalah ala ala Merong Mahawangsa. Ianya bermula dari pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Geng lama otai otai, geng baru turut hadir memeriahkan suasana. Beberapa talent hadir, yg berpakaian pendekar melayu,ala ala merong mahawangsa, ala ala puteri gunung ledang dan geng yg makan besi...tapi semalam,aku layan geng makan besi je sebab ada geng yg ajar pasal lighting@strobist..rasa mcm gian plak main lighting ni,ada masa memang aku try lg..outing kali ini bertempat di Pantai Puteri, Kampung Santubong, Kuching, Sarawak

F16 | 1/250 | 50mm | minor editing LR
1st photo flashlight kanan talent 1/1
2nd photo flashlight kiri kanan talent 1/1

Friday, 21 March 2014

Light Trails In Kuching City

Inilah percubaan pertama dan hasil pertama dan pertama kalinya aku bermain dengan light trail semenjak memiliki senjata pemusnah ini,huhu...photo ini adalah hasil pada bulan lepas,februari 2014,tarikh aku pun malas dah nak ingat..brapa haribulan ek?hmm...namun pada petang hari tersebut,cuaca tidak begitu mengizinkan kerana hujan dari sebelah paginya..so hajat nak ber sunset dan blue hour tidak kesampaian. Tapi disebabkan telah pun check in di riverside hotel kuching,so shoot je lah apa yang ada.
Setting aku x ingat,tapi ini yang aku buat & bawa:
1. Cuaca yg cun, port yg cantik dan kalau boleh keadaan trafik yg x lengang dan x busy sangat
2. Tripod wajib ada
3. Guna kan f8-f16 atau lebih ikut kesesuaian
4. Guna bukaan shutter yg panjang, 30' ke bulb ke,kalau ada shutter release cable cun gak,kalau xde make sure guna timer sbb x nak bg kamera tuh bergoyang
5. Adjust f dan shutter speed utk dptkan hasil terbaik

Hmm..aku rasa lebeh kurang la step kat atas tu..ni hasilnya,daa..